Aliran trafik di PLUS meningkat menjelang Tahun Baharu Cina esok

Trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan dan Rawang Selatan menuju ke Rawang, manakala keadaan sesak dari Slim River ke Sungkai

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) meningkat pagi ini berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti dan balik ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina esok.

Akaun rasmi X PLUS memaklumkan trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan dan Rawang Selatan menuju ke Rawang, manakala keadaan sesak dilaporkan dari Slim River ke Sungkai.

Trafik juga dilaporkan sesak dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove berikutan kemalangan di Kilometer 25 dan dari Skudai ke Sedenak.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan aliran trafik dari Lembah Klang menuju ke pantai timur masih terkawal dan kesesakan hanya berlaku di Genting Sempah menuju ke Bukit Tinggi berikutan kemalangan di Kilometer 42.5 yang menyebabkan lorong kiri terhalang.

“Pengguna lebuh raya dinasihati merancang perjalanan mereka terlebih dahulu kerana dijangkakan aliran trafik akan semakin bertambah pada tengah hari dan petang nanti,” katanya. – 9 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related