Dakwaan duit akaun bank lesap selepas daftar Padu palsu

Kementerian Ekonomi berkata, isu terbabit sudah dipanjangkan kepada MCMC untuk tindakan lanjut

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan tular kononnya terdapat guru di sekolah di Pantai Timur kehilangan wang dalam akaun bank selepas mendaftar Pangkalan Data Utama (Padu) adalah palsu.

Kementerian Ekonomi dalam kenyataannya berkata, selepas semakan dibuat pihaknya, perkara itu adalah tidak benar dan tiada sebarang laporan polis berhubung isu terbabit dibuat seperti dinyatakan.

Justeru, katanya, mana-mana individu yang menerima mesej memaklumkan Padu ‘mengambil wang’ daripada akaun selepas pendaftaran dibuat diminta supaya tidak mempercayainya.

“Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu terbabit dalam sistem aduan kerajaan (Sispaa),” katanya.

Menurut kementerian berkenaan, isu terbabit sudah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

“Berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber tidak rasmi,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai dakwaan dibuat pengguna media sosial mengatakan guru sekolah di Terengganu mendapati wang dari akaun bank mereka lesap selepas mendaftar Padu.

“Padu membawa padah…Ramai kehilangan duit selepas daftar Padu.

“Salam, adik-beradik yang ada bank online…cek duit korang (anda)…ramai cikgu daerah Dungun habis duit dalam bank…dipindahkan scammer…sekolah dah ada 2, 3, 4 orang hari ini…ada yang RM300, RM400 sekali keluar (dipindah)…,” antara kandungan mesej tular terbabit.

Padu dilancarkan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu dan dibuka secara langsung mulai hari sama, selepas hampir enam bulan ia dibangunkan serta melalui beberapa pengujian.

Sistem itu akan dibuka sehingga 31 Mac depan kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian maklumat individu.

Pengemaskinian itu penting bagi membolehkan kerajaan mempunyai maklumat terkini dan memastikan tiada individu tercicir daripada menerima bantuan selayaknya.

Sistem Padu dilaksanakan secara dalaman oleh Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) tanpa membabitkan perunding luar.

Ia bagi membina kepakaran serta keupayaan penjawat awam, selain memastikan keselamatan data terjamin.

Maklumat itu meliputi individu dan isi rumah, antaranya berkaitan asas demografi, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, komitmen serta bantuan diterima. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related