Warga asing termasuk berstatus pemastautin tetap dilarang jadi penjaja, peniaga kecil: MPS

Semua pemegang lesen serta permit penjaja dan peniaga kecil dikeluarkan PBT itu juga, tidak dibenarkan mengambil pembantu serta pekerja asing

3:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak membenarkan warga asing, termasuk berstatus pemastautin tetap menjalankan sebarang aktiviti sebagai penjaja dan peniaga kecil.

Kenyataan MPS memaklumkan, semua pemegang lesen serta permit penjaja dan peniaga kecil dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga, tidak dibenarkan mengambil pembantu serta pekerja dalam kalangan warganegara asing.

MPS berkata, larangan itu adalah mengikut undang-undang yang selaras dengan Dasar Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020, berkenaan keputusan bagi penetapan dasar aktiviti penjaja dan peniaga kecil di Negeri Selangor diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.

“MPS ingin mengingatkan semula kepada orang ramai bahawa warga asing, termasuk berstatus pemastautin tetap adalah tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti penjaja dan peniaga kecil.

“Undang-undang ini adalah selaras dengan Dasar Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020,” katanya.

Pada masa sama, PBT itu menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana perniagaan atau pemegang lesen dan permit yang melanggar peraturan ditetapkan berdasarkan UUK Penjaja (MPS) 2007.

Tegasnya, tindakan itu seperti kompaun, sitaan, penutupan dan pembatalan lesen dan permit.

Bagi makluman, katanya, sepanjang 2023, MPS menjalankan 43 operasi berkaitan penjaja dan peniaga kecil dengan menyaksikan 660 sitaan pelbagai barang perniagaan dilakukan.

“MPS akan terus melakukan pemantauan dan tindakan akan dikenakan kepada pihak yang melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, menerusi media, antara tindakan penguatkuasaa dilaksanakan MPS berhubung isu berkenaan adalah pada awal tahun ini yang menyaksikan barang jualan penjaja warga asing yang masih berdegil berniaga secara haram di kawasan Jalan Besar Selayang Baru disita.

Tindakan itu diambil di bawah Seksyen UUK 3 Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

PBT itu berkata, pihaknya akan meneruskan usaha membanteras penjaja warga asing yang didapati masih berdegil dan berniaga di atas petak parkir berhadapan kedai runcit sekitar kawasan Jalan Besar Selayang Baru.

Dalam operasi kawasan Jalan Besar Selayang Baru berkenaan, sebanyak 45 bakul pelbagai jenis sayur-sayuran, empat bakul kelapa serta beberapa alatan seperti meja, penimbang dan payung milik penjaja warga asing disita Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related