Mohon pengampunan penuh sebagai santuni permintaan Najib, keluarga: Zahid

Bagaimanapun langkah-langkah akan diambil nanti berhubung perkara itu kerana perlu mengambil kira rasa hormat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

1:50 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pertimbangan memfailkan permohonan baharu untuk pengampunan penuh bagi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebagai menyantuni permintaan bekas perdana menteri itu dan anggota keluarganya, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bagaimanapun berkata langkah-langkah yang akan diambil nanti berhubung perkara itu perlu mengambil kira rasa hormat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Kita ke arah menyantuni permintaan Najib dan ahli keluarganya.

“Eloklah langkah yang akan dibuat nanti mengambil kira rasa hormat kita kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 kerana baginda mempunyai kuasa sepertimana termaktub dalam Perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan),” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilapor berhasrat memfailkan permohonan baharu untuk mendapatkan pengampunan penuh daripada Sultan Ibrahim.

Semalam, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilapor berkata pihaknya akan berbuat demikian pada masa yang sesuai dan menunggu arahan anak guamnya itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan keputusan pengampunan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan. 

“Saya fikir untuk kita hormati keputusan yang (telah) dibuat Lembaga Pengampunan kerana Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang pengerusikan. 

“Mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa itu adalah hak mutlak sepenuhnya Yang di-Pertuan Agong. Maka siapa pun individu termasuk peguam hendaklah menghormati keputusan ini dan selanjutnya kita ambillah langkah-langkah dari segi perundangan dan langkah perlu untuk kita mengusahakan pembelaan ini kepada (Datuk Seri) Najib,” katanya. 

Pada 2 Februari lepas, media melaporkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas perdana menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related