23 motosikal, sebuah ATV musnah dalam kebakaran bengkel

Tiada kemalangan jiwa atau sesiapa yang cedera, dalam kebakaran di bengkel tersebut

9:09 AM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah kenderaan lasak serba bentuk permukaan bumi (ATV), musnah dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal di Kampung Guar Perahu, di sini awal pagi hari ini.

Namun tiada kemalangan jiwa atau sesiapa yang cedera, dalam kebakaran di bengkel tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 3.18 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti terus ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal berkeluasan 600 kaki persegi dan api sedang marak, dengan peratusan kemusnahan ketika itu sebanyak 70 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman dijalankan dan mendapati kebakaran itu memusnahkan sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah ATV, yang terdapat di bengkel tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata pihak bomba berjaya memadam kebakaran itu sepenuhnya pada 5.50 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related