Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang

Usaha mencari tiga lagi kanak-kanak sedang giat dijalankan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk sehingga kini dalam radius pencarian tiga kilometer

9:59 PM MYT

 

TAPAH – Wanita yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air ketika perkelahan enam sekeluarga dan seorang pengasuh di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini petang tadi dikenali sebagai Aszura Bani, 37, dari Kampung Cegar, Bidor. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Mohd Naim Asnawi berkata kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat manakala tiga anak mangsa yang berusia dua, empat dan tujuh tahun masih hilang. 

“Seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang merupakan pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang hilang pula dijumpai sedang berpaut pada batu di sungai,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata usaha mencari tiga lagi kanak-kanak itu sedang giat dijalankan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk sehingga kini dalam radius pencarian tiga kilometer.

Mohd Naim berkata aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.

Katanya mayat mangsa dan pengasuh yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan rawatan.

Sementara itu, Mohd Naim operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguh 7.30 malam ini  atas faktor keselamatan dan akan disambung pagi esok. 

Sementara itu, Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang masih hilang merupakan tiga beradik. 

Mereka dikenali sebagai Hanna Mikayla, Hafiy Muhayat dan Hanum Marisa. 

Katanya keanggotaan JBPM seramai 17 org terdiri dari lapan orang anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bidor, enam orang Unit PPDA BBP Teluk Intan dan dua orang pegawai Zon 4 Perak serta seorang pegawai dari Ibu Pejabat JBPM Perak terlibat dalam pencarian. – 7 Februari, 2024

 

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related