Doktor rawat Taib Mahmud di rumah: Premier Sarawak 

Abdul Taib juga dirawat oleh doktor serta jururawat daripada Pusat Pakar Perubatan Normah

7:07 PM MYT

 

KUCHING – Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud kini sedang menerima rawatan di kediaman peribadinya di sini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya Abdul Taib kini dirawat oleh doktor serta jururawat daripada Pusat Pakar Perubatan Normah. 

“Beliau (Abdul Taib) masih dalam rawatan di rumah, ada jururawat dan juga doktor daripada Normah yang ditugaskan untuk menjaga beliau.

“Saya sendiri belum lagi menerima laporan mengenai keadaan kesihatan beliau, untuk maklumat lebih lanjut itu perlu tanya doktor yang merawat, saya sendiri belum berjumpa dengan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata dakwaan bahawa Abdul Taib dilarikan adalah tidak benar.

Beliau berkata hal ini kerana keberadaan Abdul Taib diketahui ahli keluarga, adik-beradik, peguam dan doktor serta jururawat yang merawat beliau di hospital.

Pada Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dilapor telah menerima laporan tentang kejadian yang mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related