KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika berkelah di Sungai Kampung Poh, dekat Bidor, Perak, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang.
Menurutnya, terdapat tujuh mangsa terbabit dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.03 petang tadi.
“Seorang mangsa disahkan maut manakala seorang wanita dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 12 tahun masing-masing selamat.
“Seorang lagi wanita dan tiga kanak-kanak masih hilang dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mayat wanita yang maut ditemui dalam anggaran jarak satu kilometer dari lokasi perkelahan mereka.
“Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung sebelum jambatan di sungai tersebut.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan,” katanya. – 7 Februari 2024