Pasangan tendang motosikal ada rekod jenayah, pemegang kad OKU

Meskipun salah seorang daripadanya memiliki kad OKU, siasatan terhadap pasangan terbabit akan tetap diteruskan

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis tetap meneruskan siasatan terhadap pasangan suami isteri yang melemparkan pasir dan menendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang, walaupun salah seorang daripadanya dikatakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ini kerana perbuatan kedua-dua suspek berkenaan tetap menjadi kesalahan.

“Berdasarkan semakan, suspek lelaki dan wanita ini ada tiga rekod jenayah lampau dan sama ada suspek wanita ada masalah mental, kita akan semak termasuk juga status (pemegang kad OKU) yang hal ini kita sedang siasat.

“Bagaimanapun, dalam hal ini kita tegaskan bahawa salah tetap menjadi kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Dua dekat Butterworth, hari ini.

Menurut beliau, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan terhadap pasangan terbabit.

“Perintah reman selama empat hari sudah diperoleh bermula hari ini hingga 10 Februari (Sabtu ini) untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Pada masa sama, Kok Chin berkata, pengesahan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan suami isteri.

“Namun maklumat terbaru kita peroleh, suspek lelaki ini sudah convert (memeluk) agama Islam manakala suspek wanita pula berbangsa Cina dan kalau ikut undang-undang apabila lelaki (Cina ) masuk Islam automatik isteri pun beragama Islam. Hal ini kita akan confirm (sahkan) kemudian,” katanya.

Semalam, tular klip video memaparkkan penunggang dan pembonceng motosikal yang menunggang dalam keadaan bahaya dan bertindak ganas terhadap penunggang motosikal lain.

Mereka dirakamkan membaling objek dipercayai pasir dan cuba menendang penunggang motosikal yang cuba memotong motosikal pasangan itu.

Keadaan ini mencetuskan kebimbangan ramai kerana ia boleh menyebabkan kemalangan jalan raya selain membahayakan pengguna lain. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related