KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘mempertimbangkan dengan serius’ untuk mengemukakan petisyen baharu bagi pengampunan diraja, kata peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Beliau mengesahkannya kepada media di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Pada 2 Februari lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.
Lembaga Pengampunan bersetuju untuk bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan pada tarikh awal, iaitu 23 Ogos 2028 dan denda asal yang perlu dibayarnya, iaitu RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.
Jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara Najib akan ditambah setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Najib ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara Kajang. – 7 Februari, 2024
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL