21 Mac tarikh sebutan baharu kes pegawai kanan polis didakwa bunuh pelajar

Mohd Nazri Abdul Razak yang berpangkat Deputi Supritendan (DSP) didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh

1:44 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Mahkamah Majistret Ipoh menetapkan 21 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak yang didakwa membunuh pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie berhampiran sebuah sekolah di Ipoh, Disember lalu.

Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Majistret S. Punitha susulan permohonan oleh pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz sementara menanti dokumen penting disiapkan.

Nazri, yang berpangkat Deputi Supritendan (DSP) tiba di mahkamah dengan perpakaian jaket gelap dan turut memakai pelitup muka serta menutup kepala (hoodie).

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh. Kehadirannya ke mahkamah turut dikawal ketat oleh anggota polis.

Abang Allahyarham iaitu Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, serta beberapa anggota keluarga lain turut hadir di mahkamah hari ini.

Dalam kejadian pada 18 Disember lalu, seorang pelajar, Muhammad Zaharif Affendi, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta berhampiran pintu pagar utama sekolahnya.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal, ingin pulang ke rumahnya selepas tamat waktu persekolahan.

Susulan itu, tertuduh telah ditahan pada hari kejadian dan dikenakan reman bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas malah Datuk Wan Azmir Wan Majid telah menawarkan diri menjadi peguam pemerhati kepada keluarga Zaharif. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related