Tol percuma selama 2 hari sempena Tahun Baharu Cina

Diharapkan pengguna dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan serta dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan yang disyorkan

11:41 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 Februari ini, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagaimanapun melibatkan kenderaan persendirian sahaja dan dikuatkuasakan di semua lebuh raya kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Menurutnya, pengecualian tol yang bermula pada 12.01 tengah malam, 8 Februari (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari (Jumaat) itu melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM42.99 juta.

“Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Ia juga sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menerusi pemberian tol percuma ini, kata beliau, diharapkan pengguna dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan serta dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan.

“Pada masa sama, aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

“Pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet adalah mencukupi serta menyemak status terkini trafik melalui media sosial,’’ katanya. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related