MBI Selangor, MRCB meterai perjanjian pembangunan Stadium Shah Alam

Ia bagi memulakan kerja-kerja fizikal setelah melalui proses perancangan dan prosedur rapi

8:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah menandatangani perjanjian dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi memulakan kerja-kerja fizikal dalam pembangunan Stadium Shah Alam.

Untuk itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses perobohan akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang diikuti proses merungkai struktur sedia ada yang dijangka mengambil tempoh sehingga pertengahan tahun depan.

“Petang tadi satu langkah kritikal diambil dalam pembangunan Stadium Shah Alam apabila saya menyaksikan perjanjian antara MBI Selangor dan MRCB.

“Ia sekali gus menandakan permulaan kerja-kerja fizikal setelah melalui proses perancangan dan prosedur rapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu beliau menekankan kepada pihak terlibat supaya ia menjadi model yang mengguna pakai kaedah terbaik (best practices) dalam pembangunan infrastruktur terutamanya dalam sekala sebegini.

Katanya, segala langkah mitigasi untuk menangani impak pembangunan akan dimaklumkan oleh pihak pemaju kepada komuniti tempatan agar proses tersebut berjalan sebaiknya. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related