Rasuah projek traktor pertanian lebih RM25 juta: SPRM tahan reman pengarah urusan syarikat

Suspek sebelum ini antara tiga individu ditahan SPRM termasuk seorang pengurus besar pemasaran dan seorang pengurus besar jualan di dua syarikat

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah urusan syarikat pengedar traktor pertanian kerana disyaki terbabit dalam pemberian rasuah membabitkan projek pembekalan, penghantaran, pengujian serta pemasangan traktor pertanian bernilai lebih RM25 juta.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 8 Januari terhadap suspek yang berusia sekitar 50-an dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek sebelum ini antara tiga individu lingkungan usia 40 hingga 50-an yang ditahan SPRM termasuk seorang pengurus besar pemasaran dan seorang pengurus besar jualan di dua syarikat.

“Mereka dipercayai terlibat dalam penawaran dan pemberian rasuah kepada pegawai-pegawai di satu syarikat perladangan sebagai balasan kerana memberikan projek berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 11 hingga jam 12 tengah malam tadi ketika hadir di Ibu pejabat SPRM, namun dua suspek yang berjawatan pengurus besar pemasaran dan jualan dilepaskan dengan jaminan kerana faktor kesihatan manakala suspek yang berjawatan pengarah urusan telah dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap ketiga-tiga suspek, namun dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Who are Hunters International? Cybercriminals allegedly leaked 463GB of Bank Rakyat’s files

The group's sharing of sensitive data raises concerns over CCRIS, anti-money laundering info

Budget 2025: Malaysia’s economy to grow 4.5-5.5% next year, MoF announces

Ministry says economy is boosted by the services sector, strong private sector expenditure and stable global trade

Related