Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA RM2,000 disalur 23 Februari ini

Pembayaran turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak

11:14 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berjumlah RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar sekali gus pada 23 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran insentif itu juga akan membabitkan pemberian RM1,000, masing-masing kepada semua jawatan utama sektor awam.

Katanya, kerajaan turut memberi RM1,000 kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bayaran Insentif Awal ini akan dibayar sekali gus pada 23 Februari, bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjalang Ramadan serta Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Anwar memaklumkan bayaran dengan jumlah itu akan diberikan kepada semua penjawat awam dalam gred berkenaan, termasuk lantikan kontrak, sebagai langkah sementara kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.

Semakan skim gaji dan elaun kakitangan kerajaan itu kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

Pada perhimpunan sama, Anwar berkata, kerajaan meningkatkan bantuan rakyat, termasuk kepada pekebun kecil getah, pesawah padi, Sumbangan Tunai Rahman (STR), Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi hasil pengurusan bertanggungjawab.

“Kerajaan ini sejak awal pengutamakan soal tatakelola baik dan pengurusan kewangan bertanggungjawab dalam mengurangkan ketirisan.

“Pendekatan diambil Kerajaan Madani membolehkan bantuan tambahan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related