Pembantu kedai rugi RM521,000 akibat terpedaya pelaburan tidak wujud

Mangsa telah membuat pendaftaran melalui laman web "JTFSE" yang merupakan platform saham bagi tujuan pelaburan

7:19 PM MYT

 

KUANTAN – Seorang pembantu kedai berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM521,000 akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 39 tahun itu pada mulanya tertarik untuk menyeratai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan 15 peratus menerusi laman Facebook pada Disember lepas.

Beliau berkata mangsa kemudiannya telah membuat pendaftaran melalui laman web “JTFSE” yang merupakan platform saham bagi tujuan pelaburan sebelum berjaya mengeluarkan wang keuntungan sebanyak RM1,000 selepas melabur sejumlah RM50,000.

“Seterusnya mangsa telah menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarga untuk memindahkan wang berjumlah RM521,000 dengan 15 transaksi ke empat akaun yang berbeza bermula 25 Jan hingga Sabtu lepas.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari dirinya ditipu setelah gagal mengeluarkan keuntungan berjumlah RM 1,767,258 melalui laman web berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan muda terpengaruh dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related