Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada 12 dan 13 Februari

Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu menerusi Sistem i-Visit, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan

10:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 12 hingga 13 Februari ini.

Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan lawatan itu juga melibatkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dengan keutamaan diberi kepada penghuni kaum Cina sahaja.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian (panggilan video) di mana kaedah secara dalam talian akan dilaksanakan selama tiga hari bermula pada 14 hingga 16 Februari.

“Pelawat yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang, membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala serta perlu membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

“Selain itu, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni serta tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara turut memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu menerusi tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related