Pengampunan penuh Najib: 191 ketua bahagian Umno diarah kumpul sejuta tandatangan

Ahmad Zahid juga meminta semua pihak dalam Umno terus bersolidariti ke arah mendapatkan pembebasan penuh untuk Najib

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua 191 ketua bahagian parti itu di seluruh negara, mengumpul satu juta tandatangan ahli selewat-lewatnya minggu depan.

Usaha itu adalah bagi mendapatkan pengampunan penuh untuk bekas Presidennya yang juga mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim berkata, arahan itu disampaikan kepada semua ketua bahagian Umno pada perjumpaan tertutup Ahmad Zahid bersama pemimpin berkenaan.

“Presiden (Ahmad Zahid) mengarahkan tandatangan semua ahli Umno di 191 bahagian di seluruh negara dikumpulkan segera, dengan selewat-lewatnya minggu depan,” katanya seperti dilaporkan media.

Difahamkan, ketua bahagian Umno itu diberi masa hingga 9 Februari ini untuk mendapatkan jumlah tandatangan berkenaan.

Beliau berkata, pada perjumpaan itu juga, Ahmad Zahid meminta semua pihak dalam Umno terus bersolidariti ke arah mendapatkan pembebasan penuh untuk Najib.

Semalam, ketua bahagian Umno mengadakan mesyuarat tertutup bagi membincangkan mengenai petisyen pengampunan penuh Najib di ibu pejabat parti berkenaan di Menara Dato Onn di sini.

Mesyuarat tertutup itu dihadiri 145 daripada 191 ketua bahagian Umno seluruh negara.

Kelmarin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan mesyuarat tertutup itu diadakan bagi membincangkan mengenai petisyen untuk mengumpul tandatangan ahli Umno di seluruh negara, sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17, bertujuan mempertimbangkan keputusan Lembaga Pengampunan.

Lokman berkata, parti itu akan merayu supaya Najib menerima parol atau tahanan dalam rumah.

Proses petisyen berkenaan, katanya, akan dimulakan dengan memberikan penjelasan kepada ketua Umno bahagian untuk menjelaskan ‘kedudukan sebenar’ dalam proses pengampunan Najib.

Jumaat lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.

Lembaga Pengampunan bersetuju untuk bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan pada tarikh awal, iaitu 23 Ogos 2028 dan denda asal yang perlu dibayarnya, iaitu RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara Najib akan ditambah setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Najib didapati bersalah pada 28 Julai 2020 atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai, 2020. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related