Tony Pua ‘puji’ Ketua Polis Negara sangat efisyen dan pantas siasat kenyataannya

Tony menyindir Ketua Polis Negara sanggup bekerja pada hari Ahad untuk memberikan perhatian peribadi kepada laporan polis yang difailkan oleh pemuda Umno

9:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — ‘Ah. No escape after all.’ Itu jawapan balas Tony Pua selepas beliau dipanggil ke Bukit Aman esok bagi membantu siasatan berkenaan kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja.

Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara dengan nada ‘sinis’ turut menyindir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang disifatkannya sebagai efisyen kerana bekerja pada hari minggu.

“IGP sendiri bertindak sangat pantas, sangat efisyen, bekerja lebih masa pada hari Ahad, memberikan perhatian peribadi kepada laporan (polis) yang difailkan oleh pemuda Umno,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tony memaklumkan beliau akan memberikan kenyataan kepada polis di Bukit Aman pada 1 petang esok.

“Saya disiasat kerana menghasut atas kenyataan “I beg your pardon.” Hantaran di Facebook.

“Doakan saya berjaya!,’’ katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataannya hari ini berkata, polis telah menerima laporan berhubung kenyataan Tony yang dimuatnaik di dalam laman Facebooknya dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Pemuda Umno memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap Tony kerana didakwa mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini untuk mengurangkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada beberapa hari lalu mengumumkan bahawa Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.

Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar ialah sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. – 4 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related