Polis panggil Tony Pua untuk bantu siasatan kes hina institusi diraja esok

Polis telah menerima laporan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di media sosial yang didakwa menghina institusi diraja, pada 1 petang esok, di Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis telah menerima laporan berhubung kenyataannya yang dimuatnaik di dalam laman Facebooknya dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kenyataan itu berbunyi:

“trust me. It’s not a scam” “oh wow, after all these years, NAJIB/UMNO cybertrooper still love me” “I beg your pordon?” “can someone sent me to jail and for 1 year and in exchange, pay me RM50 mil?” “
Pretty please?”

“King Klep pardoned!!”

“Kenyataan seperti ini bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang Dipertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Tony Pua akan dipanggil bagi membantu siasatan pada Isnin, jam 1 tengah hari di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak hingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. – Gambar Scoop, 4 Februari, 2024

Beliau menambah kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan atau menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak hingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap Tony kerana didakwa mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini untuk mengurangkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada beberapa hari lalu mengumumkan bahawa Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.

Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar ialah sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Budget 2025: Le Tour de Langkawi’s success justifies bigger budget for sports tourism?

Matta president opines such international events would create more opportunities in tourism sector as nation has potential with geographic, weather advantage

Ajith Kumar launches racing team, set to compete in global events

The popular Tamil actor and professional racer expands his motorsport career with ‘Ajith Kumar Racing,’ aiming to support young talent in international racing series

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Related