Ketua-ketua bahagian Umno hadir mesyuarat tertutup bincang petisyen pengampunan penuh Najib

Mesyuarat itu akan membincangkan mengenai petisyen bagi mengumpul tandatangan ahli Umno di seluruh negara sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua-ketua bahagian Umno tiba untuk mengadakan mesyuarat tertutup bagi membincangkan mengenai petisyen pengampunan penuh Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di ibu pejabat parti berkenaan di Menara Dato Onn hari ini.

Mesyuarat tertutup itu dihadiri oleh 145 daripada 191 ketua bahagian Umno bahagian di seluruh negara.

Turut serta adalah barisan kepimpinan parti dan antara yang kelihatan di lobi sebelum mesyuarat bermula adalah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Bendahari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Noraini Ahmad; Setiausaha Agung parti dan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Ahmad Maslan.

Manakala pemimpin Umno negeri yang kelihatan ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Datuk Othman Aziz (Jerlun).

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan mesyuarat tertutup itu akan diadakan bagi membincangkan mengenai petisyen bagi mengumpul tandatangan ahli Umno di seluruh negara sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk mempertimbangkan keputusan Lembaga Pengampunan.

Lokman berkata, parti itu akan merayu supaya Najib menerima parol atau tahanan dalam rumah.

Proses petisyen berkenaan, katanya, akan dimulakan dengan memberikan penjelasan kepada ketua-ketua Umno bahagian untuk memberikan penjelasan mengenai ‘kedudukan sebenar’ dalam proses pengampunan Najib.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada beberapa hari lalu mengumumkan bahawa Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.

Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar ialah sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Najib, yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan, didapati bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai, 2020. – 4 Februari, 2024

Topics

Hangat

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Zhijie’s tragic death underscores crucial BAM-IJN partnership for athlete health

Incident a 'wake-up call' for importance of comprehensive health checks among athletes, medical assessments should be mandatory across all national sports associations, says BAM president

Chef Wan slammed for ‘racist’ comment on Aishwarya Rai’s dress at Cannes

Celebrity chef has likened Indian film star’s gown at festival to a ‘kavadi’

Related