Dakwaan hubungan Muhyiddin, Hadi dingin: Dr Afif kata…

Terdahulu, timbul desas-desus dilaporkan sebuah portal yang memetik sumber mendakwa hubungan kedua-dua pemimpin kanan parti itu dingin

9:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesepakatan di antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sangat baik, malah mereka tidak berdepan sebarang kemelut.

Penjelasan itu dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin, sekali gus beliau menafikan timbul isu diperkatakan segelintir pihak kononnya hubungan antara kedua-dua pemimpin kanan parti berkenaan kini dingin.

Malah, katanya, hubungan kedua-dua pemimpin itu dalam konteks sebagai Presiden Bersatu dan Presiden PAS, iaitu parti di bawah gabungan PN juga baik.

“Tak ada, mengarut, kesepakatan di antara kedua pimpinan ini sangat baik. (Buktinya) walaupun dalam contoh kes dakwaan kononnya akan ada lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, dalam keadaan seperti itu pun, kawan-kawan kita daripada PAS sangat bersimpati dengan kita.

“Mereka juga menyatakan komitmen untuk bantu kita.

“Macam contoh di Tanjong Karang, kita dapat lihat kenyataan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Nurul Syazwani Noh yang turut memberitahu bahawa kita fokus untuk terus memberikan khidmat atas nama PN, jadi tak timbul isu itu (hubungan dingin Muhyiddin dan Hadi),” katanya ketika ditemui Scoop.

Menurut Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, PN adalah sebuah gabungan dan parti ditubuhkan atas dasar untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk kepentingan mana-mana individu.

“PN ni tertubuh bukan kerana Ustaz Hadi dan Muhyiddin Yassin, tak, PN ni tertubuh oleh kerana desakan daripada rakyat yang mahukan satu pakatan politik yang mampu mewakili mereka,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus dilaporkan sebuah portal yang memetik sumber mendakwa hubungan Muhyiddin dan Hadi kini dingin.

Hubungan dingin itu didakwa berpunca apabila PAS gagal menampilkan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri.

Ia susulan Muhyiddin membuat pusingan-U untuk tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini, walaupun awalnya ingin berbuat demikian.

Keputusan Muhyiddin itu menyaksikannya kekal menerajui PN dan seterusnya dilantik Perdana Menteri kali kedua jika PN menang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Hubungan dingin itu didakwa boleh dilihat apabila Muhyiddin dan Hadi sudah lama tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis selepas perasmian Muktamar PAS pada Oktober lalu.

Sumber lain pula dilapor memaklumkan, Hadi ‘sudah lama’ tidak hadir ke mesyuarat pimpinan PN.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan hubungan kedua-dua pemimpin terbabit sangat akrab.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu juga baru sahaja hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN, selain selalu berjumpa dan berbincang berkaitan gabungan berkenaan. – 5 Februari, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related