‘Nak dapat balik RM38,000 pun susah’, keluh mangsa umrah scam apabila kesnya diputuskan NFA

Minah Basir mendakwa, hanya kerana dalam laporannya dia menulis menuntut supaya wang dikembalikan, ia terus dikategorikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa penipuan sebuah syarikat umrah kecewa kerana sudah beberapa kali membuat laporan polis namun akhirnya laporan berkenaan diputuskan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) atau Rujuk Agensi Lain (ROA).

Mangsa yang dikenali sebagai Minah Basir, 47, mendakwa laporan berkenaan dikategorikan sebagai NFA hanya kerana pihaknya menulis mahu menuntut semua wang.

Peniaga, Minah Basir, 47, mendakwa, hanya kerana dalam laporan pihaknya menulis menuntut supaya wang tersebut dikembalikan, laporannya terus dikategorikan sebagai NFA.

“Bukan saya sahaja, malah berpuluh-puluh laporan polis dibuat ramai lagi mangsa terhadap syarikat yang sama, orang yang sama dan kes yang sama kemudiannya dikategorikan NFA atau pun ROA.

“Sepatutnya mangsa-mangsa ini dibimbing dan dibantu dalam membuat laporan polis, kerana ada yang tidak tahu, jadi mereka hanya tulis jadi mangsa penipuan dan menuntut supaya wang dikembalikan, terus tolak NFA,” katanya kepada Scoop baru-baru ini.

Minah, yang juga seorang peniaga dari Puchong berkata, laporan polis terhadap syarikat pelancongan umrah dan haji itu mula dibuatnya pada Mac tahun lalu selepas gagal mendapat maklum balas daripada syarikat terbabit.

Minah Basir berharap, mangsa-mangsa penipuan dibimbing dan dibantu dalam membuat laporan polis, kerana ada yang tidak tahu menulis laporan betul hingga kes mereka ditolak sebagai NFA. – Riduan Ahmad/Scoop, Februari, 2024

Laporan itu, katanya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya selepas mendakwa pihak syarikat berdiam diri meskipun dia sudah membuat bayaran RM38,000 untuk tempahan mengerjakan umrah.

Bayaran itu dibuat sejak penghujung Januari lalu bagi membawa 20 ahli keluarganya mengerjakan umrah yang sepatutnya mengikut jadual pada November tahun lalu.

Minah berkata, segala prosedur sudah dilakukan oleh mereka dengan harapan dapat memperoleh semula wang berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 25 kertas siasatan dibuka pihaknya setakat ini berhubung penipuan oleh sebuah syarikat pengendali umrah yang kini digantung lesen operasinya.

Menurut Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, setakat ini 25 kertas siasatan telah dibuka oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berhubung penipuan oleh sebuah syarikat pengendali umrah yang kini digantung lesen operasinya. – Gambar Bernama, Februari, 2024

“Kertas siasatan itu sedang dilengkapkan dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ramli berkata, pihaknya juga sudah menahan dan mengambil keterangan pengarah syarikat terbabit yang juga pasangan suami isteri di Putrajaya pada 4 Januari lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, sejak Januari hingga Disember lalu, pihaknya menerima 432 laporan berhubung kes sama membabitkan kerugian mencecah hampir RM15 juta.

“Sebanyak 229 laporan polis berkaitan syarikat berkenaan telah dirujuk ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Tribunal Tunturan Pengguna (TTPM), manakala lima laporan dirujuk ke Mahkamah Majistret bagi tuntutan sivil.

“Sebanyak 165 kes diklasifikasi sebagai NFA sementara TTPM mengeluarkan tuntutan (Award) kepada 133 aduan melibatkan tuntutan berjumlah RM3,355,548.60 daripada 177 aduan tuntutan yang dibuat,” katanya.

Sejak Januari sehingga Disember tahun lalu, polis telah menerima 432 laporan berhubung kes penipuan umrah membabitkan kerugian mencecah hampir RM15 juta. – Gambar Bernama, Februari, 2024

Isu mengenai laporan tersebut turut mendapat perhatian daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengklasifikasi siasatan terhadap syarikat pengendali umrah ternama itu sebagai ROA walaupun ratusan mangsa mendakwa ditipu.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, seramai 123 mangsa yang kerugian RM1.3 juta meluahkan kekecewaan apabila kes mereka didakwa tiada sebarang unsur jenayah di bawah siasatan pihak polis walaupun secara terang-terangan telah ditipu.

“Justeru kita mohon pihak polis menyiasat ke mana wang itu ‘hilang’ selepas pelbagai janji termasuk cek dan jadual penerbangan semula dibatalkan beberapa kali oleh syarikat-syarikat terbabit,’’ katanya. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related