Kemalangan maut 7 kenderaan berpunca dua lori bertembung: Polis

Siasatan mendapati satu daripada lori itu mempunyai dua rekod saman trafik

4:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemalangan maut membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Gopeng awal pagi ini, berpunca daripada pemandu lori yang membawa muatan gula hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, punca insiden itu dikenalpasti menerusi hasil siasatan awal.

Katanya, susulan keadaan terbabit, lori jenis Hino dipandu lelaki tempatan itu, bertembung dengan sebuah lori jenis Volvo bermuatan gelung besi.

“Dalam kejadian sama yang turut membabitkan lima kenderaan lain itu, kedua-dua pemandu treler juga didapati tidak membawa kelindan.

“Kedua-dua pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang mangsa dari sebuah kenderaan kereta mengalami kecederaan ringan.

“Semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, rekod mendapati treler jenis Hino itu memiliki dua rekod lampau saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kes disiasat Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh, Inspektor Mohd Syafiq Fauza di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurut polis, kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang membawa muatan gula hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan. – Gambar ihsan Bomba, 3 Februari, 2024

Yahaya berkata, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh, Deputi Superitendan Koo Boon Kuat menerusi talian 016-4173222 untuk membantu siasatan.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta menggunakan laluan alternatif lain, agar tidak terjebak dengan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Kejadian dilaporkan pada kira-kira jam 7.30 pagi itu, menyebabkan dua pemandu lori maut akibat tersepit di tempat duduk masing-masing dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu mengakibatkan berlaku tumpuhan gula pasir di atas jalan yang menyaksikan kerja pembersihan kawasan dijalankan, sehingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang beberapa kilometer di kedua-dua arah laluan berkenaan. – Gambar ihsan Bomba, 3 Februari, 2024

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan empat kenderaan dan tiga lori.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan berlaku tumpuhan gula pasir di atas jalan yang menyaksikan kerja pembersihan kawasan dijalankan, sehingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang beberapa kilometer di kedua-dua arah laluan berkenaan.

PLUS menerusi kenyataannya di X memaklumkan, lorong kedua-dua arah di antara Gopeng dan Simpang Pulai terhalang dengan trafik tidak bergerak, susulan kemalangan itu. – 3 Februari, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related