Tahanan Imigresen lolos dicekup ketika minta air di masjid

Setakat ini, 10 daripada tahanan Depoh Imigresen yang meloloskan diri dalam kejadian kelmarin sudah ditangkap dan JIM dengan kerjasama pihak berkuasa, giat meneruskan pengesanan serta penangkapan baki mereka

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lagi tahanan asing yang meloloskan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Sementara Bidor baru-baru ini, ditangkap pagi tadi ketika mencari makanan dan minuman untuk mengisi perut.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Rusli Jusoh berkata, penangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah 10 orang, sejak kes lolos itu kelmarin.

“Lebih kurang jam 7 pagi, kita (Jabatan Imigresen) dapat dua lagi tangkapan di masjid Batu Melintang di mana dua orang tahanan terbabit, datang ke masjid untuk minta air pada kariah dan ditahan,

“Ini tangkapan awam, sebelum pihak penduduk di sana memaklumkan kepada polis dan kemudian tiba untuk menangkap mereka,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi tangkapan hari ini dibuat di Kampung Orang Asli Sementara susulan maklumat diterima.

“Semua (tangkapan) dalam radius 12 kilometer (km), mereka sekarang ini sudah mula keluar disebabkan ada keperluan untuk mendapatkan makanan dan minuman.

“Kita tengok perkembangan ini adalah semakin bagus dan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), PGA, PGU), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), unit anjing, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) semakin bergerak jauh untuk mengesan dan menangkap mereka yang terbabit,” katanya.

Rusli berkata, Jabatan Imigresen (JIM) akan meneruskan operasi mengesan dan menangkap tahanan yang masih lolos, malah mempergiatkan usaha menerusi peluasan radius dan lebih banyak kawasan sasaran, sehingga saki-baki mereka ditahan.

“Kita nak tengok kawasan mereka (tahanan lolos) boleh mendapatkan bekalan makanan dan minuman sebab dah masuk hampir tiga hari, keperluan untuk mereka dapatkan bekalan tu adalah tinggi, mereka mungkin dah agak letih dan di sinilah peranan dimainkan orang awam.

“Saya menyeru bantuan orang awam bantulah kita untuk memaklumkan apa sahaja pergerakan mencurigakan atau rumah mereka dihadiri mereka yang datang meminta bekalan makanan dan minuman sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Rusli berkata, JIM juga akan membuat risikan di kawasan penempatan pendatang asing kerana ada kemungkinan tahanan yang meloloskan diri itu berlindung di situ, selain di sekitar Tapah dan penempatan Orang Asli.

“Bagi usaha pengesanan dan penangkapan mereka, JIM akan ada ratusan pertampahan pegawai imigeren esok yang akan mendaftarkan diri dari seluruh Malaysia untuk menjalankan oeprasi,” katanya.

Kelmarin, seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) dilapor melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Bidor dekat Tapah.

Susulan kejadian pada jam 9.50 malam itu, JIM menjalankan operasi di beberapa kawasan termasuk Muallim bagi menjejaki mereka.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Scoop mengesahkan kejadian itu.

Malah, katanya, seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 335, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor. – 3 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related