Dengan parol, Najib boleh keluar penjara lebih awal, sebelum 2028: peguam

7:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh dibebaskan lebih awal dari tarikh 23 Ogos, 2028 yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan, jika beliau memohon untuk mendapatkan parol, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Haniff memberitahu Scoop bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang pernah dipenjarakan 12 bulan kerana rasuah, telah dibebaskan dengan parol pada 2016, selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

“Hukuman Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta telah dikurangkan kepada RM50 juta. Ini adalah hukuman penjara maksimumnya.

“Ini tidak menghalang Najib daripada mungkin menggunakan peruntukan lain dalam undang-undang untuk mendapatkan pembebasan awal, kerana selain Lembaga Pengampunan, kita juga mempunyai Lembaga Parol dalam Akta Penjara 1995.

“Di bawah Seksyen 46E(6) berdasarkan kelayakan, seorang banduan dibenarkan memohon parol selepas menjalani 50% daripada hukuman penjara maksimum.

“Jadi, atas andaian bahawa Najib telah membayar dendanya, maka pada 23 Ogos 2025, beliau akan menjalani 50% daripada hukuman penjaranya.

“Pada tarikh, Najib boleh memohon daripada Lembaga Parol untuk menjalani tahanan dalam rumah selama tiga tahun, dan Lembaga Parol boleh membenarkan permohonan itu.

“Jadi… jangan terkejut jika pada 2025, Lembaga Parol boleh mengumumkan Najib dibebaskan,’’ kata Haniff.

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, di bawah Seksyen 46E(6) berdasarkan kelayakan, seorang banduan dibenarkan memohon parol selepas menjalani 50% daripada hukuman penjara maksimum. – Azim Rahman/Scoop, 2 Februari, 2024

Jika Najib dibebaskan dengan parol, bekas Perdana Menteri itu akan dilayan seperti mana-mana tahanan yang mendapat parol dan perlu melaporkan kepada pegawai parol, antara syarat lain yang dinyatakan di bawah Seksyen 46 Akta Penjara.

Pada 28 Julai, 2022, Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Presiden Umno itu yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan dengan tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Pada 23 Ogos 2022, Najib telah mengemukakan rayuan tetapi ditolak Mahkamah Rayuan. Beliau memulakan hukuman penjara pada hari yang sama dan telah memohon pengampuran Diraja pada 2 September, tahun yang sama.

Keputusan permohonan pengampunan Najib itu diumumkan hari ini selepas spekulasi mengenainya hangat diperkatakan.

Najib, yang juga bekas Menteri Kewangan, masih mempunyai tiga kes yang masih berjalan di mahkamah.

Ia adalah prosiding kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diperingkat perbicaraan, kes pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related