Najib akan dibebaskan awal pada 23 Ogos 2028: Lembaga Pengampunan

Denda yang perlu dibayar juga dikurangkan kepada RM50 juta

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar oleh Lembaga Pengampunan yang telah bersidang pada 29 Januari lalu.

Oleh yang dimikian, Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

“Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah bersidang pada 29 Januari lalu.

“Sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Datuk Seri (Najib) telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong (ketika itu), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya dalam kenyataan.

Ia merupakan mesyuarat terakhir dipengerusikan Al-Sultan Abdullah sebelum baginda menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari.

Pada 23 Ogos 2022, Najib dihukum penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. (SRC International).

Najib menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan selama 12 tahun atas pertuduhan tersebut.

Beliau gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

A modern mufti: Anwar Ibrahim’s vision of Islamic leadership – Tuan Muda 

The prime minister needs the right candidate to journey with him on his reform agenda 

Related