Dua didakwa tipu mahkamah ketika jadi saksi kes rasuah Setiausaha Politik bekas menteri

Mereka sebelum ini antara 57 saksi dipanggil bagi pertuduhan kes Op Prisma ll

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penyelia stesen minyak dan seorang pemilik syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur hari ini selepas memberikan keterangan palsu yang bercanggah dengan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua tertuduh iaitu penyelia stesen minyak, Zainudin Abdul Majid, 52, dan pemilik syarikat Aqsa Solutions, Ahmad Hisham Mohd Tajuddin, 53, masing-masing dituduh memberikan keterangan palsu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob.

Keterangan palsu itu dilakukan ketika mereka menjadi saksi perbicaraan kes rasuah membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan iaitu Mohd Azhar Che Mat Dali pada 2023.

Kedua-dua tertuduh sebelum ini antara 57 saksi yang telah dipanggil bagi pertuduhan kes Op Prisma II, di mana pada Oktober 2020, Mohd Azhar telah dituduh dengan tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Mengikut pertuduhan, Zainudin sebagai saksi ke-54 kes itu telah memberikan keterangan palsu di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada 21 Mac dan 7 April 2023 yang tidak selaras dengan pernyataan diberikan kepada SPRM.

Ahmad Hisham pula didakwa memberikan keterangan palsu sewaktu menjadi saksi ke-55 di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada 9 Mei dan 9 Jun 2023 yang tidak selaras dengan pernyataan diberikan kepada SPRM.

Zainudin didakwa atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 manakala Ahmad Hisham didakwa atas empat pertuduhan di bawah seksyen yang sama kerana menjadi saksi belot dan telah menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen permintaan serta penerimaan rasuah membabitkan kes Mohd Azhar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Farah Yasmin Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Wan Shahrizal Wan Ladin.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan Hakim memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dihadapi mereka.

Selain itu, tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 26 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes. – 2 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related