Polis giat kesan PATI pecah pagar serta kawat duri sebelum lolos dari Depot Sementara Bidor

Sebelum kejadian, kesemua tahanan berkenaan membuat rusuhan dengan memecahkan pagar serta kawat duri di depot tahanan, lalu melarikan diri

3:06 PM MYT

 

TAPAH – Polis sedang menggiatkan usaha mengesan pendatang tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini dengan menumpukan pencarian dalam radius kawasan sekitar depot berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya percaya tahanan berusia antara 17 hingga 35 tahun itu masih berada di kawasan sekitar berikutan mereka lari dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa membawa wang, keperluan diri dan makanan.

“Kami percaya dalam keadaan mereka itu dengan penglibatan pelbagai agensi, kami akan dapat menahan mereka semula dan perkembangan mengenai maklumat tangkapan akan diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar depot itu hari ini.

Beliau berkata, operasi pencarian disertai Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Jabatan Imigresen dan bantuan dari Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman.

Menurutnya pemeriksaan ketat turut dilaksanakan menerusi sekatan jalan yang didirikan di kawasan sekitar Tapah dan daerah berhampiran iaitu Kampar serta Muallim.

Mohd Yusri berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, kesemua tahanan berkenaan melakukan rusuhan dengan memecahkan pagar serta kawat duri di depot tahanan, lalu melarikan diri.

Katanya punca rusuhan masih dalam siasatan dan laporan terperinci akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Imigresen.

Beliau juga meminta orang ramai yang melihat individu atau kumpulan etnik Rohingya itu di kawasan sekitar depot, termasuk dalam ladang kelapa sawit, lebuh raya berhampiran, hutan, kawasan perumahan mahupun tempat awam supaya menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bersekongkol atau bersimpati kepada pelarian ini kerana boleh didakwa kerana bersubahat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusri menafikan berita tular di media sosial yang mendakwa terdapat 13 orang etnik Rohingya meninggal dunia dalam kemalangan maut di KM335 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini selepas kejadian.

“Hanya seorang (tahanan yang lolos) meninggal dunia dalam kemalangan itu (di KM335 Lebuhraya Utara Selatan arah utara). Polis ingin menasihati orang ramai supaya berhenti menyebarkan perkara tidak benar dan maklumat palsu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan  Mohd Naim Asnawi dilaporkan berkata, daripada jumlah itu, 115 orang merupakan etnik Rohingya, manakala 16 lagi warga Myanmar. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related