Sikap mudah terpengaruh, taasub jadikan umat Islam hari ini terus berbalah

Taasub kepada watak dan tokoh ilmuan tertentu juga membutakan hati sebahagian umat Islam

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap mudah terpengaruh dan taasub dengan sesuatu bukan sahaja membawa kepada perpecahan ummah tetapi mewujudkan budaya saling menyesatkan sesama Islam.

Teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi ingatan sikap taasub kepada kumpulan tertentu menjadikan umat Islam hari ini terus berbalah.

“Taasub atau fanatik diertikan sebagai kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang. Sikap fanatik ini dilarang Allah SWT menerusi surah al-Maidah ayat 77.

“(Malah) Taasub kepada watak dan tokoh ilmuan tertentu juga membutakan hati sebahagian umat Islam antara kebenaran yang palsu untuk kepentingan dunia seseorang atau kumpulan, berbanding suatu hak dan kebenaran serta ruang untuk berbeza pandangan,” kata mimbar menerusi khutbah bertajuk ‘Pengaruh dan Taasub Penyeramak Kesesatan’.

Menurut teks khutbah itu, mencari pengaruh untuk kepentingan diri dan mudah terpengaruh kepada sesuatu tanpa ilmu serta sikap taasub amat berbahaya kepada umat Islam.

“Sikap buruk ini tidak boleh dibiarkan berlaku sama sekali kerana ia boleh menghentikan prinsip anjuran agama dalam menuntut ilmu, menggagalkan pengamalan agama secara menyeluruh, mematikan sikap berlapang dada dan bersatu dalam kepelbagaian pandangan dan perbezaan.

“Ia juga menyemarak sikap sentiasa berprasangka buruk, menghakis sifat berlemah lembut dalam mengajak kepada Islam, tidak menjaga hak saudara se-Islam dan tidak menghormati keputusan pemerintah dalam urusan mengenai agama Islam,” katanya.

Mimbar berkata, pempengaruh biasanya individu yang akan memanfaatkan mereka yang terpengaruh dan ditambah dengan ketaasuban.

Katanya, mereka yang terpengaruh dan taasub akan menjadi ejen yang mengembangkan pengaruhnya dan bertindak memberi tekanan, persepsi dan provokasi kepada pihak berautoriti.

“Pempengaruh akhirnya mendapat kedudukan dan tempat untuk kehidupan dunia dengan kepatuhan membuta tuli pengikut. Akibatnya, perbalahan antara sesama umat Islam tidak kunjung padam,” katanya.

Teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyentuh keagungan Allah SWT dalam menentukan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya untuk memimpin sesebuah negara sebagaimana dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 26.

“Ketua negara, raja atau pemimpin utama ialah jawatan atau kedudukan yang menjadi amanah paling besar bagi manusia yang ditolak oleh makhluk langit dan bumi kerana takutkan balasan Allah SWT.

“Pemimpin yang adil dan melaksanakan amanah dengan baik akan dipimpin oleh Allah SWT dan seterusnya akan mendapat naungan di Padang Mahsyar kelak,” katanya.

Pada masa sama, mimbar mengingatkan setiap rakyat perlu patuh, taat dan setia kepada raja dan negara sebagai tanggungjawab paling asas dalam konsep kenegaraan.

Katanya, rakyat juga harus sentiasa mendoakan pemimpin khususnya Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar diberi inayah dan taufiq serta kekuatan dan keteguhan dalam mentadbir negara ini. – 2 Februari, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related