Pengawal keselamatan ditahan cabul murid darjah 1

Suspek telah bertindak memeluk dan mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan yang berusia tujuh tahun di hadapan kelas

11:21 PM MYT

 

IPOH – Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Teluk Intan ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang murid tahun satu di hadapan sebuah kelas, dalam satu kejadian di sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek.

“Kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi semalam sewaktu pengadu sedang meronda di kawasan sekolah tersebut.

“Menurut pengadu, suspek telah bertindak memeluk dan mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan yang berusia tujuh tahun di hadapan kelas sekolah tersebut, sebelum menahan suspek pada hari yang sama di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Adnan berkata, menurut mangsa, suspek telah beberapa kali melakukan perbuatan mencabul mangsa di sekolah yang sama dan hasil soal siasat awal yang dijalankan ke atas suspek, dia mengaku terlibat dengan perkara tersebut.

Katanya, suspek kini direman enam hari bermula hari ini sehingga 6 Februari, untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan,” katanya. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related