Bapa kandung tidak mengaku salah rogol anak 16 tahun

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh

3:35 PM MYT

 

SEREMBAN – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun pada November lepas.

Lelaki berusia 47 tahun itu yang mengalami cacat penglihatan mata sebelah kiri akibat kemalangan, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Lelaki itu didakwa merogol remaja itu di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru Kota, Rembau, pada 12 Nov lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bapa kepada tiga anak itu dalam rayuannya berkata dia mabuk pada hari kejadian dera itu dan turut memaklumkan dia berstatus Orang Kurang Upaya selepas kehilangan sebelah mata dalam kemalangan dan juga menanggung bapanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera, di sini, pada 24 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata lelaki itu turut disiasat bagi kesalahan merogol, selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah yang memaklumkan remaja itu memberitahu pernah dirogol bapanya pada 12 Nov tahun lepas. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

What happened to gag order on Zakir Naik? Activists urge for probe after preacher’s public speech in Perlis

Lack of authorities’ action will embolden him to sow further hate, lawyer Siti Kasim says

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related