KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah rumah di Taman Perumahan Jujur dekat Sikamat, Negeri Sembilan dikejutkan dengan tindakan pasangan warga Rohingya yang cuba menceroboh ke kediaman mereka malam tadi.
Rakaman video ‘dashcam’ dikongsi anak kepada mangsa di platform X memaparkan seorang wanita cuba membuka pintu pagar rumah terbabit dengan seorang lelaki yang membonceng motosikal menunggu di tepi jalan.
Lebih mengejutkan, pasangan terbabit turut membawa anak kecil bersama mereka.
Menurut mangsa, ketika kejadian mereka sekeluarga baru saja pulang dari makan di luar.
“Ketika kami sudah sampai di depan rumah, kelihatan ada dua warga Rohingya dan mereka membawa seorang kanak-kanak kecil di bakul motor dan parker di depan rumah kami.
“Perempuan Rohingya tersebut kelihatan sedang mencuba membuka pintu pagar rumah kami dan lelaki Rohingya tunggu di atas motor,” katanya.
Ketika ditegur mengenai tindakan tersebut, katanya, pasangan Rohingya itu hanya tersenyum dan mengatakan mereka tersalah rumah.
“Kalau betul salah rumah, kenapa nak kena buka pintu pagar rumah kami dan tidak memberi salam dulu?
“Hati-hati semua, mereka ini makin melampau boleh suka hati masuk rumah orang. Nak buat apa pun tak tahu,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati salah seorang netizen mengenali lelaki Rohinga terbabit kerana pernah cuba melarikan motosikal miliknya.
“Wei muka lelaki tu familiar. Dia cuba nak rembat motor aku mata dekat CU Mart,” katanya.
Susulan insiden itu, rata-rata netizen menggesa kerajaan melakukan sesuatu terhadap golongan Rohingya yang didakwa semakin hari semakin besar kepala di negara ini.
“Tolonglah buang golongan pelarian ini. Nak perjuangkan hak kemanusiaan tetapi mereka ini parasit, bukan manusia dah,” kata @jjahHan.
“Serius tolong pulangkan mereka ke negara sebenar mereka,” kata @EngkauIntan.
Dalam pada itu, terdapat netizen yang mendakwa golongan pelarian tersebut kebanyakannya tinggal di kawasan perumahan berkenaan.
“Taman Jujur ni sarang Rohingya. Minta pihak berkuasa tempatan (PBT) gempurlah kawasan ini. Dah beranak pinak kat sini,” kata @K19un.
“Orang Rohingya ni problem (masalah) kadang-kadang. Dia buat kenduri memekak-mekak sampai pukul 11-12 tengah malam. Buat macam kat negara dia,” kata @uglyfeni. – 1 Februari, 2024