Permohonan Najib: InsyaAllah minggu ini akan diumum, kata Dr Zaliha

Beliau turut meminta semua pihak bersabar dan menunggu hingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan

9:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung petisyen yang difailkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dikeluarkan minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata demikian pada majlis di Putrajaya hari ini.

“InsyaAllah, minggu ini akan diumumkan,” katanya ringkas ketika menjawab soalan pemberita.

Ditanya kenapa masa lama diambil untuk mengeluarkan keputusan itu pula, Dr Zaliha berkata, beliau meminta semua pihak bersabar dan menunggu hingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan.

“Sabar, sabar dan yakin, tunggu kenyataan dikeluarkan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, isu keputusan Lembaga Pengampunan Najib ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu hanya dimaklumkan ‘sepintas lalu’ sahaja.

Malah, Saifuddin menjelaskan, Kabinet tiada bidang kuasa untuk mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

Lembaga Pengampunan yang bersidang pada Isnin lalu dilaporkan sudah membuat keputusan mengenai permohonan Najib tetapi hingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Sebelum ini, media Singapura, CAN melaporkan hukuman penjara 12 tahun Najib atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan.

Menurut laporan itu lagi, keputusan Lembaga Pengampunan itu yang diketuai mantan Yang di-Pertuan Agong juga termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan, menurut tiga sumber berasingan yang bercakap dengan syarat kerahsiaan ketat.

Pengampunan separa diraja atas pembabitannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat selepas menjalani hukuman penjara kurang dua tahun.

Pengurangan tempoh hukuman itu bermakna, Najib dijangka menyelesaikan hukumannya pada Ogos 2028. – 1 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related