Hazani dilantik Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia

MCBA adalah agensi tunggal yang akan mengawal selia sempadan Malaysia

7:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) pertama berkuat kuasa hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan Hazani berlandaskan pengalamannya selama tiga dekad dalam bidang keselamatan dan ketenteraman negara.

Hazani sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman sejak September 2021.

“Pelantikan beliau berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas selama 37 tahun dalam bidang keselamatan dan ketenteraman negara serta penguatkuasaan dan kawalan undang-undang.

“Saya yakin dengan pengalaman dimiliki, MCBA akan memastikan matlamat dan agenda nasional dalam memperkasa kecekapan penyampaian perkhidmatan, mengurangkan ketirisan hasil negara dan meningkatkan aspek integriti dalam kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara,” katanya.

MCBA adalah agensi tunggal yang akan mengawal selia sempadan Malaysia bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Januari lalu, kerajaan bersetuju menubuhkan MCBA.

Ia diletakkan dan diterajui Kementerian Dalam Negeri (KDN). – 31 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Cyberbullying: timely intervention wise as cases on the rise

As social media becomes increasingly popular, criminology expert notes its ‘dark side’ which exposes people to several crimes and vouches for regulation

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related