Blogger Murray Hunter bukan lagi pensyarah UniMAP, tulisannya berkait institusi diraja dipandang serius

Murray, merupakan seorang rakyat Australia tetapi menetap di Hat Yai, Thailand

6:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memandang serius terhadap seorang blogger, Murray Hunter yang melemparkan tohmahan ke atas Istana berkaitan projek Stadium Shah Alam, sekali gus melibatkan isu agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu (3R).

Untuk rekod, Pusat Komunikasi Korporat UniMAP menegaskan bahawa Murray bukan lagi pensyarah universiti berkenaan dan telah ditamatkan perkhidmatan sejak 14 Ogos 2015.

“Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memandang serius insiden kenyataan seorang penulis yang melemparkan tohmahan terhadap Istana mengenai projek stadium Shah Alam sekali gus melibatkan isu agama, kaum dan kedudukan Raja-raja Melayu (3R).

“Sehubungan itu, pihak UniMAP ingin menegaskan bahawa penulis berkenaan yang dikenali sebagai Murray Hunter telah ditamatkan perkhidmatannya sejak 14 Ogos 2015 sebagai pensyarah universiti serta tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan universiti ini,’’ kata dalam kenyataan di sini hari ini.

Murray, merupakan seorang rakyat Australia tetapi menetap di Hat Yai, Thailand.

Meskipun sudah tidak berkhidmat dengan universiti tersebut, namun blogger terbabit masih menggunakan jawatan sebagai Profesor Madya UniMAP di dalam profail Research Gate.

Baru-baru ini Murray menerusi laman aplikasi X mendakwa tulisannya bertajuk ‘Approval to demolish Shah Alam Stadium given under strange circumstance’ telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Disekat sekali lagi tanpa dimaklumkan oleh MCMC. Nampaknya Malaysia kembali ke zaman gelap,’’ Hunter menulis dalam X.

Namun semakan yang dibuat oleh Scoop mendapati dakwaan terbabit tidak benar kerana tulisan berkenaan masih boleh diakses sama ada menerusi komputer riba atau aplikasi lain.

Ini bukan kali pertama Hunter menyerang projek Stadium Shah Alam dan mengaitkannya dengan Istana, sekali gus mencetuskan persoalan ramai kenapa orang luar begitu berminat dengan projek di dalam negara ini.

Mengulas lanjut, UniMAP berharap agar Murray dapat menggugurkan jawatan beliau sebagai pensyarah di mana-mana laman sosial memandangkan beliau tidak lagi berkhidmat di universiti terbabit.

Ini kerana, ia dibimbangi menimbulkan salah faham kepada masyarakat khususnya membabitkan isu sensitif seperti yang telah berlaku.

“Pihak pengurusan UniMAP turut menasihatkan agar mana-mana pihak berhati-hati dalam mendapatkan maklumat yang tiada kesahihan terutama membabitkan nama universiti,’’ katanya. – 31 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related