Dasar pendidikan negara berubah-ubah punca rakyat lemah bahasa Inggeris

Katanya, kekerapan pertukaran menteri juga menyebabkan sesuatu dasar pendidikan itu sering bertukar

11:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menegur dasar pendidikan negara yang disifatkannya sering berubah-ubah.

Beliau berkata, kekerapan pertukaran menteri juga menyebabkan sesuatu dasar pendidikan itu sering bertukar.

“Minta maaf jika saya katakan dasar pendidikan kita flip flop (berubah-ubah).

“Kadang-kadang menteri ini ambil alih, suatu dasar dipakai. (Kemudian) menteri seterusnya datang, ia berubah,” katanya ketika berucap pada Market Outlook: Propelling Malaysia Forward 2024 jemputan Affin Bank Bhd di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan kekerapan perubahan itu turut menyebabkan masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Kerajaan Sarawak menggunakan bahasa Inggeris dalam pendidikan, selain menggesa rakyat menguasainya seiring bahasa Melayu.

“Ada yang menyatakan, ‘Kenapa Sarawak menunjuk-nunjuk menggunakan bahasa Inggeris? Nampak tidak patriotik.

“Tetapi ini penting. Anda perlu akui fakta bahawa bahasa Inggeris sememangnya diperlukan. Jika mahu mahir guna peranti digital, anda perlu baca manual yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Pada November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya sistem pendidikan kebangsaan bagi meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar mulai tahun ini manakala kedudukan bahasa Melayu dikuasai tanpa tolak ansur.

Beliau berkata, ini kerana penguasaan sekurang-kurangnya dwi bahasa penting dan menjadi penekanan dalam kalangan negara maju.

“Sekarang ini kita bicara mutu pendidikan, bahasa Melayu bahasa utama, mesti dikuasai tanpa tolak ansur oleh semua pelajar tetapi kita harus cuba memikirkan kaedah baharu untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris.

“Jadi mulai tahun depan, mutu penguasaan bahasa Inggeris harus ditingkatkan selain mempertahankan kedudukan bahasa Melayu,” katanya. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related