Kes pembunuhan Zayn Rayyan, polis rakam lebih 200 keterangan

Polis tidak akan pernah berhenti menyiasat dan akan terus mencari petunjuk baharu berdasarkan semua maklumat

9:41 PM MYT

 

KLANG – Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya, tidak akan pernah berhenti menyiasat dan akan terus mencari petunjuk baharu berdasarkan semua maklumat.

“Lebih 200 orang kita panggil. Sejak awal-awal kita sudah siasat kedua-dua blok sebab itu, memang ramai.

“Buat masa ini tiada perkembangan baharu, kita masih menilai bahan bukti yang dikumpul. Seperti saya katakan tempoh hari, kita tidak pernah berhenti menyiasat,” katanya pada sidang akhbar selepas program dialog awam bersamanya di sini, hari ini.

Mohd Suhaily berkata, anggotanya masih berada di lapangan, bagi berjumpa dengan masyarakat setempat sekiranya ada maklumat yang tertinggal walaupun kecil.

Pada 5 Disember tahun lalu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai dekat sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya, dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.

Menurut Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sejak 5 Disember lalu, polis sudah merekodkan lebih 200 keterangan untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin. – Abdul Razak Latif/Scoop, 29 Januari, 2024

Sementara itu, dalam program dialog awam tersebut, Mohd Shuhaily turut mengingatkan pegawai penyiasat supaya tidak membuang masa pengadu atau saksi ketika hadir memberi keterangan.

“Harapan saya semua pegawai (penyiasat) perlu beri penekanan kepada masa, supaya tidak membuang masa mereka (pengadu atau saksi) menunggu. Jangan layan saksi seperti mereka tidak mempunyai perkara untuk dilakukan.

“Mereka datang (untuk beri keterangan) sebab patuh pada proses, janganlah buat mereka begitu. Mereka yang datang itu bukan hendak kena curi dan kena ragut,” katanya ketika menjawab soalan peserta dialog awam itu mengenai sikap pegawai yang membuang masa saksi atau pengadu yang hadir untuk memberi keterangan.

Mohd Suhaily berkata perkara itu membuatkan terutama mereka yang makan gaji hari akan hilang pendapatan. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related