Hamzah perlu profesional, tak perlu ugut ahli Bersatu, tegas Syed Abu Hussin

Beliau menegaskan semua ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, tidak pernah meninggalkan parti itu

7:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ‘menegur’ Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya lebih profesional tanpa perlu membuat ugutan kepada ahli parti.

Sambil menegaskan beliau bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang oleh parti, Syed Abu Hussin bagaimanapun tidak melihat tindakan lanjut oleh parti itu akan memberi sebarang makna.

“Samalah dulu macam lepas Pilihan Raya Umum (PRU-14), Datuk Seri Hamzah yang keluar parti (Umno), lepas itu Umno nak ambil tindakan undang-undang.

“Dia dah ada pengalaman, ini cerita bab parti bukan jenayah, (sepatutnya) dia tanyalah secara profesional.

“Nak ambil tindakan undang-undang boleh, tidak ada masalah, saya terima sahaja,” katanya kepada Scoop hari ini.

Terdahulu, Bersatu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang bertindak mengkhianati parti.
Hamzah berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti malam tadi.

Beliau berkata, bagi tujuan itu mesyuarat bersetuju untuk meminda Perlembagaan Bersatu bagi menghalang tindakan khianat dalam kalangan wakil rakyatnya daripada berulang.

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengingatkan Setiausaha Agung Bersatu supaya lebih profesional kerana ini adalah isu bukan jenayah. – Alif Omar, 29 Januari, 2024

Syed Abu Hussin berkata, adalah lebih baik untuk parti menumpukan kepada menjaga kebajikan ahli termasuk memastikan mereka mempunyai peruntukan.

“Kita tak payah cakap kosong dalam politik ini, kita (adakan) pilihan raya hendak bina negara, nak jadi kerajaan, kena kerajaan yang kuat, ia untuk masa depan negara, rakyat dan pengundi kawasan kita, itu mesejnya.

“Kalau nak ambil tindakan itu tujuannya apa? Tidak ada makna sebenarnya, jadi yang sebaik-baiknya, orang yang masih ada itu jaga kebajikan elok-elok, jaga peruntukan, guna elok-elok,” katanya.

Beliau juga menegaskan semua ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, tidak pernah meninggalkan parti itu

“Semua pun masih lagi ahli parti, apa pun kita ikut undang-undang, tidak apalah, kita terima sahaja.

“Tapi dia sudah lama jadi ahli politik maka dia perlu matang dan profesional serta tidak perlu takut kepada orang lain.

“PRU akan datang, kita akan betanding lagi jadi kenapa pula nak ugut sehingga menyusahkan orang, untuk apa?

“Kenapa buat kerja sia-sia, dia ada pengalaman dahulu, ketika Umno hendak ambil tindakan, tak boleh pula, jadi kenapa hendak buat benda yang sama,” soalnya.

Beliau berkata, kepimpinan Bersatu sepatutnya menumpukan kepada usaha untuk memperkukuhkan kekuatan dan perpaduan orang Melayu.
“Ke mana pun gerakan dan langkah, yang penting adalah untuk Melayu dan agama. Kalau buang masa (ambil tindakan) macam ini apa guna,” katanya. -29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related