Daim bayar wang jaminan RM280,000

Tiada syarat jaminan tambahan dikenakan selepas mengambil kira keadaan kesihatan Daim

10:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini membenarkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diikat jamin sebanyak RM280,000.

Hakim Azura Alwi juga tidak mengenakan syarat jaminan tambahan selepas mempertimbang keadaan kesihatan Daim.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin antara RM250,000 hingga RM500,000 dengan seorang penjamin.

“Kami turut mencadangkan tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya sekali setiap bulan.

“Saya mohon selepas ini, tiada komen dibuat mengenai prosiding ini, kami faham rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk bersuara, namun ada had yang perlu dipatuhi, kenyataan yang dibuat selepas kes dipertuduhkan akan memprejudiskan kes kelak,” katanya.

Menurutnya, ia bukanlah suatu perintah larangan atau ‘gag order’ tetapi lebih kepada nasihat daripada mahkamah supaya tertuduh tidak membuat ulasan sehingga kes ini selesai.

Sementara itu, peguam, M Puravalen yang mewakili bekas pemimpin Umno itu berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan keadaan kesihatan Daim.

“Yang Arif boleh lihat sendiri keadaannya yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda.

“Beliau merupakan pesakit buah pinggang malah dia pernah diserang angin ahmar. Sebelah matanya dikeluarkan selain masalah pendengaran,” katanya.

Puravalen berkata, mengambil kira tahap kesihatan Daim, agak mustahil bagi anak guamnya untuk menggunakan pasport bagi membuat perjalanan yang jauh.

Beliau turut membantah, syarat tambahan supaya anak guamnya melaporkan diri ke pejabat SPRM di Putrajaya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM280,000 dengan seorang penjamin, tanpa sebarang syarat tambahan pasport atau lapor diri.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.

“Saya faham semua pihak dah cukup matang dan ada pengetahuan yang mencukupi untuk tidak memberi sebarang komen. Kes sudah tuduh di mahkamah dan berjalan, jadi elak subjudis,” katanya. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related