Anggota trafik tawar saman RM300 atau RM100: JSPT jalankan siasatan terperinci

Tular video di media sosial pasangan warga UK diberikan pilihan untuk membayar saman

10:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai video yang tular di media sosial mengenai dakwaan anggota trafik menawarkan bayaran saman ke atas pasangan warga United Kingdom (UK).

Pengarahnya, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pada jam 4.30 petang tadi, JSPT mengesan satu video tular di platform YouTube oleh ’Tread the globe’ dan lain-lain media sosial mengenai perkara tersebut dengan pasangan terbabit sedang dalam edisi jelajah Malaysia.

“Kita ambil maklum akan kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“JSPT tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menegaskan, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat. – Gambar Bernama, 28 Januari, 2024

Mohd Azman berkata, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menyalurkannya kepada JSPT bagi membantu siasatan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan melalui talian bilik gerakan 03-22663356 atau e-mel [email protected].

“JSPT akan memaklumkan semula hasil siasatan sekiranya ada perkembangan terkini,” katanya.

Terdahulu tular video di media sosial mengenai tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman ke atas pasangan warganegara berkenaan di lokasi dan tarikh yang tidak dinyatakan.

Namun seorang pengguna laman X mendakwa, pasangan tersebut disaman atas kesalahan memandu melebihi had laju dan diberikan pilihan untuk membayar saman sebanyak RM300 di balai polis atau RM100 kepada polis terbabit. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related