Daim didakwa esok kerana tidak isytihar 71 aset

Aset yang tidak diisytiharkan itu melibatkan akaun, kenderaan, syarikat, tanah, rumah dan bangunan

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 85, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok kerana tidak mengisytihar 71 aset melibatkan akaun, kenderaan, syarikat, tanah, rumah dan bangunan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau akan didakwa di bawah Seksyen 36 (2) Akta SPRM 2009.

“Esok pertuduhan Tun Daim di Mahkamah Seksyen Jenayah 9, Jalan Duta, pada jam 9 pagi,’’ katanya kepada Scoop ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga memaklumkan, Daim telah ditahan pada Jumaat dan dibebaskan dengan jaminan SPRM untuk hadir ke mahkamah esok.

Daim sebelum ini telah menerima rawatan di hospital lebih dua minggu.

Pada 29 Disember lalu, SPRM mengesahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Daim dibuat berdasarkan maklumat Kertas Pandora yang dimulakan sejak Februari lalu.

SPRM berkata, satu notis mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) diserahkan kepada beliau supaya mengisytiharkan segala aset sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis serta akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pada 7 Jun lalu.

“Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan diberikan lanjutan pada 6 Julai, 10 Ogos, 11 September, 11 Oktober dan terakhir pada 14 November lalu untuk mengisytiharkan segala aset miliknya.

“Sebagai sebahagian daripada proses siasatan SPRM, Pendakwa Raya mengeluarkan Notis Penyitaan Menara Ilham mengikut Seksyen 38 (1) Akta 694 (Penyitaan Harta Tak Alih) pada 18 Disember lalu.

“Daim disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” kata SPRM.

Pada 23 Januari lalu, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Nai’mah, 67, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Wanita itu juga didakwa dengan sengaja memberi satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd; dua kenderaan mewah Mercedes Benz; dua rumah di Persiaran Bukit Tunku dan Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr Ismail (TTDI); empat lot tanah pegangan bebas di Bukit Tunku dan satu lot tanah, masing-masing di Pulau Pinang dan TTDI. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related