HKL siasat kes kematian akibat kegagalan ventilator

Pengarah HKL berkata, sebarang komplikasi rawatan perubatan akan disiasat melalui sistem pelaporan insiden

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menyiasat dakwaan kegagalan ventilator yang menyebabkan kematian seorang pesakit manakala seorang lagi diisytiharkan mati otak di dua wad berasingan.

Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan berkata, sebarang komplikasi rawatan perubatan yang menjejaskan keselamatan pesakit akan disiasat melalui sistem pelaporan insiden.

“Kejadian yang dilaporkan dalam laporan media semalam berkaitan isu pesakit yang menerima rawatan melalui mesin ventilator sedang dalam siasatan pihak HKL.

“Hospital ini dengan kerjasama syarikat konsesi hospital sentiasa memastikan peralatan perubatan digunakan untuk merawat pesakit dipantau dan diselenggara mengikut jadual untuk memastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti dapat diberikan kepada pesakit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, portal FMT melaporkan seorang pesakit meninggal dunia manakala seorang lagi diisytiharkan mati otak dalam tempoh seminggu di dua wad berasingan di sebuah hospital di Lembah Klang disebabkan kegagalan ventilator.

Walaupun nama hospital terbabit tidak didedahkan, sumber mendakwa siasatan dalam dilakukan untuk menyiasat punca alat bantuan pernafasan itu tidak berfungsi.

“Bagi kes pertama, sumber memaklumkan kakitangan perubatan cuba menghidupkan semula pesakit yang didapati tidak sedarkan diri dan mendapati ventilator itu tidak berfungsi.

“Seorang lagi pesakit disahkan mati otak selepas ditemui tidak sedarkan diri selama sekurang-kurangnya 15 minit. Didapati ventilator tidak berfungsi,” kata sumber itu.

Seorang lagi sumber mendakwa, terdapat dua lagi kes yang dikaitkan dengan kegagalan ventilator.

Bagaimanapun seorang pesakit berjaya dihidupkan semula selepas pasukan perubatan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) manakala keadaan pesakit lain belum disahkan.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan tersebut. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related