Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ketika ke Tanah Suci

Niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara

1:53 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihati individu atau jemaah supaya membetulkan niat ketika mengunjungi Tanah Suci dengan niat semata-mata untuk beribadah.

Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.

“Sebab itu, saya kata bila niat untuk tujuan ibadah, saya bimbang kalau ada niat yang lain, nak buat pertunjukan silat dan sebagainya, ia akan ‘ganggu’ kita daripada niat asal untuk melakukan ibadah. Ia dibimbangi menjejaskan nama baik negara.

“Nasihat saya kepada mereka yang nak kunjungi atau ziarah ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, perbetulkan niat masing-masing, kita tumpukan ibadah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta acara larian sempena program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Run 2024-Powered by Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu video tular membabitkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki bersilat di hadapan Masjid Nabawi dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu.

Perbuatan berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang mengatakan sebagai tidak wajar dan tidak beradab selain menjejaskan nama Malaysia.

Mohd Na’im bagaimanapun berkata beliau tidak melihat kejadian itu boleh menjejaskan jumlah kuota haji yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini adalah sebanyak 31,600 orang jemaah.

Mengenai proses pemutihan bantuan zakat bulanan, Mohd Na’im berkata data MAIWP sedia ada akan diintegrasikan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memastikan bantuan hanya disalurkan kepada individu layak. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related