Pondok hiasan dalam IOI Mall terbakar, berjaya dipadamkan oleh orang awam

Kebakaran itu tidak melibatkan struktur bangunan atau mangsa

8:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengunjung IOI Mall di Puchong cemas selepas pondok hiasan sempena perayaan Tahun Baharu Cina di dalam pusat beli berkenaan terbakar, pada jam 7.20 petang tadi.

Bagaimanapun kebakaran kecil melibatkan sebahagian daripada pondok hiasan itu berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan Dry Powder.

Komander Operasi Kanan Bomba, Muhammad Azizul Hakim Idris berkata, ia dipadamkan sebelum pihak bomba tiba di situ.

“Kebakaran itu tidak melibatkan struktur bangunan atau mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pondok hiasan itu, jelasnya, berkeluasan 3×3 dan sebanyak 50% daripada binaannya terbakar.

Dalam pada itu, menerusi video yang dimuatnaik di dalam media sosial mendapati api membakar bahagian bumbung hiasan terbabit hingga menyebabkan asap menjulang tinggi.

Sementara itu, IOI Mall Puchong memaklumkan, punca kebakaran itu masih dalam siasatan dan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan.

“Dukacita dimaklumkan kejadian kebakaran hari ini berlaku pada jam 7.10 malam. Mujur tiada siapa yang cedera dan ia berjaya dikawal dengan cepat pada jam 7.15 malam.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kita memberi kerjasama penuh kepada agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kebimbangan yang mungkin timbul.

“Semua operasi telah disambung semula buat masa ini tanpa sebarang gangguan. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” katanya menerusi kenyataan di dalam Facebook. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related