Lokasi tanah runtuh di Cameron Highlands diterokai secara haram

Peneroka ada membuat permohonan permit penggunaan tanah hutan, namun Jabatan Perhutanan tidak memberi sokongan kerana keadaan cerun yang tinggi melebihi 35 darjah

6:51 PM MYT

 

CAMERON HIGHLANDS – Lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, semalam merupakan kawasan Hutan Simpan Sungai Wi D yang diterokai secara haram sejak tahun lepas oleh pengusaha kebun sayur walaupun pernah dikenakan tindakan.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman berkata, pemilik kebun warga tempatan itu pernah ditahan dan sitaan peralatan dilakukan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada April tahun lalu.

“Peneroka itu ada membuat permohonan permit penggunaan tanah hutan, namun Jabatan Perhutanan tidak memberi sokongan kerana keadaan cerun yang tinggi melebihi 35 darjah.

“Ia disebabkan ada risiko bahaya iaitu jika berlaku hujan yang banyak, cerun itu tidak dapat menampung dan berlaku gelinciran,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Bomba di lokasi kejadian itu di sini hari ini.

Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman berkata, pemilik kebun warga tempatan itu pernah ditahan dan sitaan peralatan dilakukan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada April tahun lalu. – Gambar Bernama, 27 Januari, 2024

Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan secara berterusan oleh jabatan-jabatan berkaitan bagi menangani isu pencerobohan hutan di kawasan berkenaan.

Menurut Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984.

Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang ditemukan semalam dikenal pasti sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48 tahun.

Tiga lagi mangsa terlibat ialah Shing Law Har, 56, Om Myu, 37, dan seorang wanita Thang Moung, 25 tahun.

Kesemua mangsa warganegara Myanmar itu merupakan pekerja di ladang sayur di situ. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related