Perang Palestin-Israel: BDS mulakan petisyen minta Astro tamatkan siaran Nickelodeon

Nickelodeon hanya bersuara rasa sedih mengenai serangan terhadap kanak-kanak dan keluarga di Israel pada 10 Oktober 2023, namun selepas tiga bulan mereka hanya mendiamkan diri

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Satu petisyen telah dilancarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia hari ini bagi mendesak Astro menamatkan saluran TV kanak-kanak Nickelodeon.

BDS mendakwa, Nickelodeon hanya berdiam diri terhadap kematian kira-kira hampir 30,000 rakyat Palestin, termasuk 10,000 kanak-kanak akibat kekejaman Israel.

Sebaliknya, kata BDS, Nickelodeon melahirkan rasa sedih mengenai serangan ke atas kanak-kanak dan keluarga di Israel pada 10 Oktober 2023, namun selepas tiga bulan, ia hanya mendiamkan diri terhadap pembunuhan rakyat Palestin.

“Ungkapan kesedihan terpilih ini menimbulkan persoalan, adakah nyawa sebahagian kanak-kanak lebih berharga daripada yang lain.

“Lebih tepat lagi, adakah kehidupan kanak-kanak Israel lebih bernilai daripada kanak-kanak Palestin,” soalnya menerusi kenyataan di dalam petisyen berkenaan.

Semalam, ICJ memerintahkan Israel dihalang daripada melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. – Gambar Twitter ICJ, 27 Januari, 2024

Menurut BDS, tindakan Nickelodeon yang berdiam diri itu bukan hanya membangkitkan isu diskriminasi dan ketaksuban tetapi isyarat kepada dunia bahawa ia tidak peduli dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Tegas BDS, Nickelodeon, yang merupakan salah satu saluran yang terdapat dalam langganan di Astro, tidak sesuai untuk disiarkan kepada kanak-kanak di Malaysia.

“Oleh itu, kami, yang bertandatangan (petisyen) ini, menuntut supaya Astro dengan segera menamatkan Nickelodeon daripada tawaran (langgaran) untuk saluran TV kanak-kanak,’’ katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan Israel dihalang daripada melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Malah, Israel diperintahkan untuk melakukan lebih banyak lagi usaha untuk membantu orang awam di Gaza.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Palestin menegaskan gencatan senjata merupakan ‘satu-satunya cara’ untuk melaksanakan keputusan ICJ itu. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related