Lebih 100 warga asing ditahan di Pasar Harian Selayang: Polis

Mereka yang ditahan terdiri daripada 50 lelaki dan dua wanita Indonesia, 33 lelaki dan dua wanita Myanmar, 12 lelaki warga India, tujuh lelaki Bangladesh serta seorang lelaki, masing-masing warga Nepal dan Pakistan

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 108 warga asing termasuk empat wanita ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu serbuan Operasi Khas Op Taring II di Pasar Harian Selayang, di sini, awal pagi ini.

Kesemua mereka yang ditahan pada kira-kira 3 pagi itu terdiri daripada 50 lelaki dan dua wanita Indonesia, 33 lelaki dan dua wanita Myanmar, 12 lelaki warga India, tujuh lelaki Bangladesh serta seorang lelaki, masing-masing warga Nepal dan Pakistan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata operasi itu bertujuan bagi membanteras pelbagai jenayah yang berlaku di kawasan sekitar Pasar Harian Selayang terutama melibatkan pendatang tanpa izin. 

Selain itu, beliau berkata operasi itu turut memfokuskan kepada membanteras sebarang kegiatan tidak sihat di kawasan tersebut.

“Semua warga asing yang ditahan diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan menetap lebih masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis bersama-sama jabatan dan agensi penguatkuasaan lain akan terus menjalankan operasi khas seperti ini pada masa akan datang bagi membanteras jenayah.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran pendatang tanpa izin di kawasan masing-masing kepada pihak polis. Pihak polis akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi menjaga serta mengawal keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related