Wanita berusia 80 tahun rugi lebih RM10 juta ditipu skim pelaburan kripto

Warga emas itu telah membuat 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun atas nama lapan syarikat.

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berusia 80 tahun mengalami kerugian lebih RM10 juta selepas ditipu dalam skim pelaburan tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui laporan polis yang dibuat semalam, mangsa yang juga seorang pesara memaklumkan mula menyertai skim pelaburan tersebut setelah dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp.

Menurut beliau, kumpulan itu mempromosikan skim pelaburan berasaskan mata wang kripto dikenali sebagai ‘accerx.com’.

“Melalui kumpulan sembang tersebut, pengadu yang juga seorang wanita telah berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto. Pengadu diminta untuk membuat bayaran balik setelah pembelian kripto tersebut berjaya.

“Terpedaya dengan helah yang digunakan, pengadu telah membuat 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan wang yang dibayar adalah RM10,455,288.

“Pengadu mulai sangsi dengan kesahihan pelaburan tersebut apabila masih diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ramli memberitahu, pihaknya memberi jaminan siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan sindiket penipuan pelaburan itu dapat ditumpaskan.

Namun katanya, sebagai langkah pencegahan, orang ramai khususnya warga emas adalah dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui laman media sosial.

Katanya, mereka perlu melakukan semakan dengan agensi berkaitan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum mengambil keputusan menyertai skim pelaburan. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related