6 pemenang Abang & Akak Grab berpeluang saksi Harimau Malaya menentang Korea Selatan di Qatar

Grab Malaysia memberi pengalaman tidak ternilai buat enam pemenang tersebut yang menonton sendiri perlawanan itu di Stadium Al Janoub

8:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai enam pemenang Abang & Akak Grab mendapat peluang untuk menyaksikan perlawanan Piala Asia 2023 antara Harimau Malaya dengan Korea Selatan di Qatar, semalam.

Mereka adalah Ku Nurizzal Rafiq Ku Izham, Muhamad Hazwan Hameran, Mastura Ahmad, Mohd Affzan Abdul Aziz, Iswanayar Husin dan Muhammad Nur Yusof.

“Perlawanan bola sepak, 1 memori yang tak ternilai.

“Untuk perlawanan ketiga: Malaysia vs Korea Selatan, kami membawa Abang & Akak Grab untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya di Qatar.

“Jeritan sorakan kita tak sia-sia. Harimau Malaya beraksi dengan penuh semangat,” kata kenyataan dalam Instagram Grab.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-130 dunia melakar keputusan sensasi mengikat juara dua kali yang juga pasukan nombor 23 dunia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E.

Malaysia sebelum itu tewas kepada Jordan 0-4 dan Bahrain 0-1 menyebabkan mereka tersingkir awal dari kejohanan berprestij tersebut.

Terdahulu, Grab Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai rakan e-hailing dan penghantar makanan rasmi skuad Harimau Malaya.

Menerusi kerjasama itu, Grab menawarkan sumbangan tunai yang dikhaskan untuk memajukan program pasukan bola sepak kebangsaan dan juga tajaan dalam bentuk pelbagai produk dan perkhidmatan, merangkumi perjalanan ke lapangan terbang secara percuma, baucar perjalanan Grab, GrabFood dan juga GrabMart.

Pengarah Komersial dan Penghantaran, Grab Malaysia, JJ Tan berkata, sebagai jenama tempatan, pihaknya amat berbangga di atas pengiktirafan sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk Harimau Malaya.

“Kami memahami semangat tidak berbelah bahagi yang menyatukan negara dalam menyokong skuad kebangsaan kita, dan kami berkongsi komitmen sama untuk mendukung cita itu.

“Melalui kerjasama ini, kami akan memastikan keperluan harian mereka diuruskan dengan sempurna, sekaligus membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap  setiap perlawanan.

“Kami teruja untuk memainkan peranan dalam memacu skuad ini ke kancah antarabangsa, dan membawa kegembiraan kejayaan mereka lebih dekat kepada jutaan pengguna dan rakan kongsi kami,” katanya.

Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Grab merupakan sebuah jenama yang berkongsi objektif dan nilai sama dengan mereka.

Katanya, FAM gembira kerana dapat bersama-sama menyumbang kepada kemajuan Malaysia dan membawa skuad bola sepak negara ke persada antarabangsa.

Selain itu, Grab Malaysia akan menyertai rangkaian rakan kongsi dan penaja FAM, dalam menyokong komitmen persatuan itu untuk menelusuri laluan berani demi masa depan bola sepak negara.

Ini termasuk inisiatif berterusan seperti ‘FAM Grassroots’ yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat muda di peringkat asas sukan ini. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Tambang bas sekolah: ‘cukup sekadar RM5 hingga RM10’ kata persatuan

Persatuan merasakan lebih rasional dan bertimbang rasa untuk menaikkan tambang sebanyak RM5 hingga RM10 maksimum, tidak boleh lebih daripada itu

Public urges govt to regulate private healthcare costs, insurance hikes

Calls for stricter oversight as patients recount overcharging, unnecessary procedures, and medical negligence in private hospitals

Related